Tuesday, 23 April 2019 16:14

PROGRAM CINTAI UNICITI

Written by
Rate this item
(0 votes)

Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCITI Alam telah mengadakan Program Cintai UniCITI bersama para pelajar Kolej Kediaman UniCITI Alam pada 7 April 2019. 
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar Kolej Kediaman UniCITI Alam dengan MPKK UniCITI Alam sesi 2018/2019. 
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah menanam pokok harum manis dan pokok kelapa. Aktiviti ini adalah lanjutan daripada Program Cintai UniCITI bersama staf pengurusan UniCITI Alam yang telah berlangsung pada 5 April 2019 lepas.

Program ini disertai oleh Pengetua Kolej Kediaman Dr. Norshah Aizat, penolong-penolong pengetua serta felo yang turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan dengan penyertaan daripada 80 orang pelajar UniCITI Alam. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

 

 

Read 95 times Last modified on Tuesday, 23 April 2019 16:24