Monday, 13 May 2019 12:00

UniMAP Health Fest 2019 sempena Hari Kesihatan Sedunia

Written by
Rate this item
(0 votes)

UniMAP Health Fest 2019 sempena Hari Kesihatan Sedunia

Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (KKTTF) telah menganjurkan UniMAP Health Fest yang berlangsung pada 7/4/2019 dengan kerjasama Pusat Kesihatan UniMAP dan KPJ Perlis. Tarikh 07 April merupakan Hari Kesihatan Sedunia dan sehubugan dengan itu Kolej kediaman Tuanku Tengku Fauziah telah menganjurkan pelbagai aktiviti berciri kesihatan pada hari yang sama bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan kepada pelajar untuk sentiasa mengamalkan amalan-amalan yang mengutamakan kesihatan diri dan sekeliling.

Antara Program yang telah di jalankan ialah:
1. Senamrobik selama 5 minit
2. Larian Kesihatan
3. Pemeriksaan kesihatan
4. Kempen derma darah
5. Dua Ceramah Kesihatan

Program turut dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Ts. Kartini Hj Alir dan penolong pengetua Encik Muhammad Khairy bin Md. Naim hadir dan Warga Pusat Kesihatan UniMAP telah bersama-sama dalam program kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Pusat Kesihatan UniMAP dan KPJ Perlis di atas usaha untuk menjayakan UniMAP Health Fest 2019

 

Read 88 times