News and Event

News and Event (16)

Sesi Pendaftaran Pelajar Baru 2018/2019 telah diadakan pada 27 Ogos 2018 melibatkan 4 Buah Kolej Kediaman iaitu Kolej Kediaman Pauh Putra, Kolej Kediaman Tun Abdul Razak, Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman dan  Kolej Kediaman UniCITI ALAM. Pendaftaran adalah melibatkan anggaran pelajar seramai 2,600 orang pelajar.

 

 

Majlis Memasak BuburLambuk peringkat UniMAP telah diadakan bertempat di Kolej Kediaman Tun Abdul Razak pada 23 Mei 2018 yang lalu. Program ini adalah melibatkan gabungan beberapa PTJ bagi  menyiapkan 2,000 bubur lambuk untuk  diedarkan kepada staf dan para pelajaryang menginap di  Kolej Kediaman UniMAP.  Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP.

MPKK Kolej Kediaman UniCITI ALAM telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat bertempat di Tay Ninh & Ho Chi Minh, vietnam. Program ini telah melibatkan perserta daripada Kolej Kediaman UniCITI ALAM dan Pegawai Perubatan UniMAP. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Program Berkhatan anak-anak muslim yang  tinggal di beberapa perkampungan di Vietnam.

 

Pihak Pengurusan  Kolej Kediaman telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa TNC HEPA bersama-sama barisan Majlis Penghuni Kolej Kediaman. Majlis berbuka puasa ini diadakan setiap minggu sepanjang bulan ramadhan bagi menghargai khidmat serta bakti pelajar MPKK serta dapat mengeratkan hubungan di antara pihak pengurusan kolej kediaman dan pelajar MPKK.

 

 

Sesi perjumpaan antara pengetua, penolong pengetua, mpkk dan sabahat-sahabat MPKK bersama dengan pelajar-pelajar di Kolej Tunku Abdul Rahman (PFI1) telah dianjurkan olej Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCITI ALAM yang telah berlangsung pada 15 Mac 2018 bertempat di Ruang Kafeteria Kolej Kediaman tersebut .

 

Program Pesta Pongal Kolej Kediaman telah dianjurkan olej Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCITI ALAM yang telah berlangsung pada 11 Mac 2018 bertempat  di Kawasan Pakir Asrama di Kolej Kediaman terlibat.
 
 

 

Program Kit Keeping In Touch Bersama Menteri Pendidikan Tinggi telah dianjurkan olej Universiti Utara Malaysia . Program telah berlangsung pada 13 Mac 2018 bertempat di Dewan Mua’zam Shah, UUM Kedah.

 

 

Permohonan bagi Perkhidmatan Kafeteria dan Premis Perniagaan UniMAP adalah dibuka sepanjang tahun kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membuat permohonan. Pihak UniMAP akan menghubungi pihak syarikat yang memohon untuk temuduga  sekiranya terdapat kekosongan lot perniagaan di UniMAP

Tajuk Tawaran

TAWARAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DAN PREMIS PERNIAGAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 

Syarat Kelayakan

 

1.    Warganegara Malaysia

2.     Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

3.     Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Sekiranya Ada)

4.     Sijil Perakuan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia Dan Kementerian Kewangan Malaysia Yang Masih Sah Sekurang-Kurangnya Dalam Tempoh 6 Bulan Dari Tarikh Iklan Ini Dikeluarkan

Borang Permohonan

 

Boleh Didapati / Diambil Di :

Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (KKI)

Kampus UniMAP, Simpang Empat, Perlis

Pejabat Majlis Pengurusan Kolej Kediaman (RPO)

Kolej Kediaman PFI2, Kampus UniMAP Pauh Putra

Maklumat Yang Perlu Dihantar Bersama

 

Profile Syarikat (3 Salinan)

1.     Salinan SSM Yang Lengkap

2.     Salinan Kad Pengenalan Pemilik Syarikat

3.     Sijil – Sijil Berkaiatan Pengurusan Makan dan Berkaitan Dengan Jenis Perniagaan Yang Dipohon (Sekiranya Ada)

4.     Pengalaman Menjalankan Perniagaan (Sekiranya Ada)

5.     Proposal Lengkap (Senarai Makanan / Perkhidmatan  Yang Dipohon Beserta Senarai Harga Dan Gambar Makanan / Perkhidmatan)

Tarikh Buka & Tutup Permohonan

Sepanjang Tahun

Lokasi

Seluruh Kampus UniMAP ( Bergantung Kepada Kekosongan Lot Perniagaan)

Jenis Perniagaan

Lot Kafeteria
Lot Gerai 
Lot (Mini Market/Kedai Roti & Kek, Alat Tulis)
Mesin Layan Diri ( Dobi, RO Water. Air Tin)

Sebarang Pertanyaan  019-5796343 ( En.  Radzuan) / 0107863844 (En. Azlan)

 

 

Friday, 01 September 2017 13:49

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA KOLEJ KEDIAMAN

Written by

Sambutan Hari Raya Aidiladha telah diadakan pada 1 September 2017. Majlis sambutan ini telah berlangsung di Kolej Kediaman Tun Abdul Razak. Majlis ini telah dianjurkan oleh Pengurusan Kolej Kediaman dengan Kerjasama HEPA. Majlis sambutan ini telah dihadiri oleh Naib Canselor UniMAP, TNC HEPA, Pengetua Kolej Kediaman, Penolong Pengetua, Staf Pengurusan Kolej Kediaman serta pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa yang tidak pulang ke kampung halaman semperna sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Majlis Watikah Lantikan Majlis Penghuni Kolej Kediaman Sidang Akademik 2017/2018 dan Majlis Penghargaan ajlis Penghuni Kolej Kediaman Sidang Akademik 2016/2017  telah adakan pada 8 November 2017 bertempat di Hotel Putra Regency. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal. Majlis turut dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman, Penolong Pengetua dan Staf Pengurusan Kolej Kediaman

 

Page 1 of 2